Corat Coretan..

Jumaat, 9 Julai 2010

NuRsE

Jururawat ..
Seseorang yang bertugas sebagai penjagaan profesional.
Bertanggungjawab bagi keselamatan dan menyembuhkan mereka yang sakit, penjagaan kesihatan bagi mereka yang sihat, dan menangani kecemasan dalam apa jua keadaan yang membahayakan nyawa dalam bidang penjagaan kesihatan.
dalam kamus hidupku..
aku x pnh pn terfikir nak jadi seorang JURURAWAT..
Aku cuma teringin sangat nak jadi seorang cikgu mathematics..
tapi nak wat camne kan..ak xdpt dan pilihan terakhirku adalah menjadi seorang JURURAWAT..
Aku menuntut di sebuah kolej yang terletak di Kota Tinggi,Johor Bahru...
Mula menuntut pada 8 JUN 2008..Dari seorang siswi yang tidak kenal erti penyakit dan perawatan, aku telah dididik untuk menjadi seorang JURURAWAT...

DULU..

Eee..nape la payah sangat nak faham ni..
Anatomy??..
Masa sekolah dulu aku x belajar pun pasal anatomi badan ni..
pening-pening.."lin..sabar eh,ni kan cabaran sebelum ko menjadi seorang jururawat "..itulah bisikan hatiku..

sekadar hiasan

Praktikal...
HSI..itulaah hospital pertama yang aku akan posting..
Wad othopaedic male..apa?? wad lelaki???
eeee,cmne nak keje tu...
1st day in ward..

"adik,t wat bed macking taw.." senior.
"baik kak.."..aku.
"adik,t wat observation k,da siap bagi staff nurse .." ...senior.
"baik kak.." aku..

hehe..klakrkan..
tu la kisah jadi dak junior..
wad ni mmg best sgt2..
staff pun ok..
patient??
lelaki,tapi ok r..
nak xnak da nama pun tugasan kan..
REDAH je la linnnnnnn..

Exam..
ermm..banyak betul yang nak kena baca..
banyak yang fakta plak tu..
ingat kan de exam paper je la,praktikal pun de gak..??
adoyai...MAKKKKK...Doakan akak taw..

"Study-study gak lin..ko bila nak solat??"..

hati berbisik lagi..
eh aku ni,nak berjaya mana ley lupa ALLAH...ok,g solat jap k.Nanti kita study g tau lin..


Osce ..( exam praktikal )..
haaaaa.ni la yang paling aku takuttttt sangat.mana xnya,aku n kawan - kawan kena wat prosedur depan lecture..
mak aiii...
menggigil la beb...

KINI

"lin,ko faham tak camne nak wat keje anatomy tu??"..kawanku..
"ohh.,,camni wat nya..bla,bla,bla.."..
diriku..

hehe..bezakan??

Praktikal..
" adik,t kita wat bedmacking same2 taw.."..aku..
" baik kak.." juniorku..
" pastu t ley la wat observation eh,n nanti bgi staffnurse..taw2.terima kasih"..aku..

ermm..
da senior ni bukan makin senang taw..
makin berat tanggungjawab dan makin banyak amanah yang nak kena pikul..
pe pun..
aku akan berusaha untuk menjadi seorang JURURAWAT yang bertanggungjawab dan sentiasa ceria walaupun di beri tugasan yang BERAT..

Go go CHAYOK LYLEENN!!!

Khamis, 8 Julai 2010

Islam

BERIKAN KU KEKUATAN...

" Jgn lupa..nanti bila dah kat tempat org jage akhlak..
Ingat Allah dan yang paling penting jangan lupa SOLAT.."
itu lah pesan ibuku untuk diriku sebelum dia meninggalkan aku seorang diri di Johor..

8 JUN 2008..
Bermulalah kisah hidupku setelah berada diperantauan..
"Awak duduk rumah ni jugak...?"..
a'ah,bilik master..kamu?"
"sama la..saya katil no 10.."
."oooohh ok...saya Khalisah dan ni Raudah..nama kamu?" .."saya Lin..Kamu berdua asal dari mana?".
"Dekat je,area Johor jugak..Kota Tinggi"
"ooo..saya Selangor .."
"Jauhnya belajar..."
"Rezeki..x sangka pulak ley dapat kat sini.."

Kini ku berada diperantauan..
memang banyakkkk sangat dugaan,..pe pun pokok pangkal HATI kita kn????
ermmm...duduk jauh dari family memang banyak cabaran..cabaran menjadikan diri kita menjadi lebih matang dan berdikari..Menjadi seorang hamba Allah yang berjaya didunia dan akhirat adalah salah satu keinginanku...tidak kira dari segi ilmu , kehidupan dan sebagainya..
"Lin,kuatkan dirimu untuk mengapai keinginan nya itu "...

"ALLAHHUAKBAR ALLAH HUAKBAR....."
Eh,, da asar da...Berhentilah dulu lin.Jap lagi sambung lagi..bisik hatiku...
"awk,boleh tahu kiblat arah mane...?"
"boleh,senget sikit je menghadap pintu.."
"ok,terima kasih.."

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...2x.(kanan dan kiri )..

Bismillahhirrahmanirrahim......
ku membaca surah AL -FATEHAH dan juga AYAT KURSI..
Kemudian diikuti dengan..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Ya ALLAH,,..
Sesungguhnya Engkau lah yang Maha pengampun lagi Maha pengasih..
Maha berkuasa dilangit dan dibumi ini,..
Engkaulah Tuhan sekalian alam...
Aku bersujud dan bersyukur diatas kurniaan MU ya Rahman,Ya Rahim...

Ya ALLAH,,..
Kau ampunilah dosa-dosaku...dosa-dosa kedua ibu bapa ku..
Dosa-dosa guru -guruku,dosa-dosa para sahabatku...
dosa-dosa seluruh umat muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia...

Ya ALLAH,,..
berikanlah diriku kekuatan untuk beribadah kepada MU ya ALLAH,..
Bukakanlah pintu hatiku untuk melakukan ibadah kepadaMU..
Permudahkanlah diRiku dalam melakukan segala urusan ya ALLAH..
BeriKanlah aku Taufik dan HidayahMU ya ALLAH..
Ya ALLAH...
Jauhkanlah diriku daripada melakukan dosa -dosa kecil dan besar,,.
jauhkanlah diriku dari perasaan hasad dengki dan juga iri hati...
jauhkanlah aku daripada melakukan maksiat dan penzinaan ya ALLAH..
Jauhkanlah diriku daripada godaan - godaan syaitan Ya ALLAH..
Ya ALLAH..
berikanlah aku kekuatan ketika menuntut ilmu..
permudahkanlah aku untuk menuntut ilmu ya ALLAH..
kurniakanlah aku fahaman dan ingatan yang kuat untuk mengingati ilmu - ilmu yang hamba MU ini pelajari YA ALLAH..
Ya ALLAH..
berikanlah aku ketenangan ketika menduduki peperiksaan..
permudahkanlah aku ketika menjawab soalan peperiksaan..
tetapkanlah pendirianku ketika menjawab soalan..
bimbinglah aku untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya di dunia dan akhirat..
ya ALLAH..
kurniakanlah aku seorang suami yang SOLEH..
Zuriatku yang SOLEH & SOLEHA..
bimbinglah kami sekeluarga untuk menjadi seorang hamba yang taat perintah MU ya ALLAH..
Ya ALLAH..
Hanya pada MU tempat ku memohon dan bersujud..
Hanya pada MU tempat aku meminta YA ALLAH..
KAU makbulkanlah permintaan HAmbaMU ini Ya ALLAH..
AMIN YA RABBAL ALAMIN...



Ahad, 4 Julai 2010

TaNggUNGJawAb

memegang tanggungjawab yang sangat besar..
bermulanya AKU sebagai seorang pelajar jururawat..
Dan 1 hari nanti,AKU bakal menjadi seorang jururawat...

Tanggungjawab..
AKU telah diberi tanggungjawab untuk memberikan rawatan sempurna untuk menyembuhkan penyakit pesakit - pesakitku..
Walau penat sekalipun,.semua itu akan memberikan pengalaman yang berharga untuk diriku..
Dan setiap detik sepanjang berkhidmat akan menjadikan diriku seorang yang penyabar..
Keikhlasan dan kejujuran adalah amat penting untuk menjadi seorang jururawat yang berjaya,diredhai dan diberkati olehNYA...